TrueYou DNA – Highlights

Adakah anda terdedah dengan obesiti?

Adakah anda terdedah dengan obesiti?

Memahami keadaan genetik mampu membantu dalam pengurusan berat badan.

Adakah anda kerap mendapatkan makanan segera untuk seisi keluarga selepas seharian bekerja di pejabat? Adakah ia sudah menjadi satu kebiasaan bagi memastikan anak-anak anda sentiasa berada di rumah dengan pendedahan gajet dan televisyen sehingga menyebabkan mereka tidak aktif bersukan atau terlibat dalam aktiviti fizikal lain?

Sekiranya perkara ini berlaku dengan kerap, ia akan mendedahkan seluruh keluarga anda dengan obesiti. Menerusi data yang diperolehi dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit obesiti telah meningkat hampir tiga kali ganda sejak 1975 di mana dua pertiga orang dewasa di dunia dikategorikan sebagai obes manakala 38 juta kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun juga dikategorikan sebagai obes pada tahun 2019.

Obesiti merupakan satu penyakit di mana terdapat lemak berlebihan terkumpul sehingga ia mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan seseorang. Kebiasaannya, perkara ini diukur menerusi Indeks Jisim Badan (BMI). WHO mengkategorikan individu yang mempunyai BMI antara 25.0 dan 30.0 merupakan berat badan berlebihan manakala BMI melebihi 30.0 sebagai obes.

Obesiti bukan sahaja masalah luaran atau fizikal namun ia juga membabitkan masalah perubatan

lain yang menyebabkan seseorang terdedah dengan peningkatan risiko-risiko penyakit lain seperti diabetes, jantung, darah tinggi, kanser, depresi dan paling membimbangkan ia mampu mengurangkan jangka hayat seseorang individu.Tahukah anda, penyakit obesiti ini juga bertanggungjawab terhadap 4.7 juta kematian pramatang setiap tahun.

Dalam skala yang besar, obesiti masih dianggap berpunca daripada gaya hidup yang kurang sihat seperti mengambil makanan secara berlebihan dan kurang bersenam. Namun secara realitinya, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Ini kerana, terdapat sesetengah individu mengalami masalah berat badan secara berlebihan dan obes walaupun telah melakukan perkara yang betul. Perkara ini adalah disebabkan masalah genetik.

Pengkhususan Gen Dan Cadangan

Keputusan ujian DNA merangkumi pengaruh gen terhadap risiko genetik obesiti seperti FTO, MC4R, TNF, APOA2 and ADIPOQ.

Sesetengah profil genetik berkait rapat dengan kecenderungan seseorang untuk mudah menaikkan berat badan. Menerusi profil varian 5 genetik berbeza, risiko obesiti genetik seseorang boleh diukur melalui rendah, normal dan tinggi.

Kajian yang dilakukan oleh Institus Karolinska menerusi ‘The Archives of Paediatrics and Adolescent Medicine’ menyatakan, orang dewasa yang membawa dua genetik FTO adalah 1 daripada 6 orang – mempunyai berat 3kg lebih tinggi berbanding individu yang tidak membawa genetik tersebut. Individu yang mempunyai perbezaan dalam gen FTO mempunyai 20 hingga 30 peratus lebih peluang untuk terdedah dengan obesiti dan akan berdepan kesukaran dalam menjaga berat badan ideal sepanjang hayat mereka.

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa yang obes, risiko untuk anda turut menjadi obes adalah tinggi. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Michigan iaitu ‘families and obesity’, 80 peratus anak yang mempunyai ibu bapa dengan berat badan berlebihan terdedah untuk turut mempunyai berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, penyakit obesiti ini mampu ditangani dengan pelbagai cara seperti mendapatkan sokongan daripada persekitaran dan ahli keluarga. Selain itu, mereka juga boleh mengurangkan risiko penyakit ini dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam secara kerap.

Kita boleh memilih gaya hidup yang lebih sihat bagi membendung penyakit ini bermula dengan cara permakanan. Kurangkan pengambilan minyak serta gula, sebaliknya tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang.

Kita juga boleh memulakan dengan sesi penjagaan berat badan supaya ia lebih berkesan dan berkekalan. Trigen-S merupakan salah satu produk yang berkesan dan efektif untuk mengurangkan berat badan. Ia adalah pembakar lemak utama yang memanfaatkan body-clock rhythm untuk membakar lemak yang tersimpan dan mencegah pengumpulan lemak. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan termogenesis, mengurangkan saiz lemak dan mencegah pengumpulan lemak jangka panjang.

Sensualite-S adalah pengganti makanan on-the-go yang sihat dengan kalori yang rendah serta protein dan serat yang tinggi. Ia berfungsi dengan merangsang otak, neuron dan sistem pencernaan untuk membantu mengekang nafsu makan, mengurangkan selera makan dan meningkatkan kepuasan supaya anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.

Xeniji mengandungi 65 jenis buah dan sayur-sayuran yang telah menjalani proses penapaian selama 1,200 hari. Xeniji juga mampu menyerap nutrien secara efektif untuk menggalakkan fungsi katalitik bagi meningkatkan metabolisme keseluruhan bagi pengeluaran dan penggunaan tenaga secara efektif, dan sistem usus yang sihat.

Selain melengkapkan pilihan makanan yang sihat, anda dinasihatkan untuk sentiasa memberi keutamaan terhadap aktiviti bersukan dan aktiviti fizikal lain walaupun anda sibuk. Sebagai panduan, kanak-kanak disyorkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal dalam sehari manakala orang dewasa memerlukan 150 minit sepanjang minggu.

Selain melengkapkan pilihan makanan yang sihat, anda dinasihatkan untuk sentiasa memberi keutamaan terhadap aktiviti bersukan dan aktiviti fizikal lain walaupun anda sibuk. Sebagai panduan, kanak-kanak disyorkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal dalam sehari manakala orang dewasa memerlukan 150 minit sepanjang minggu.

Kesihatan bermula dengan mengenali gen anda.

Berkongsi Pengalaman

Florence Ho

Perkara yang paling membimbangkan saya adalah pengurusan berat badan. Saya menyangka saya lahir dengan badan yang gemuk kerana pelbagai cara telah saya lakukan untuk mengawal berat. Berdasarkan laporan TrueYou yang diterima, saya mendapati tindak balas karbohidrat dalam badan saya adalah pada aras sederhana. Keadaan ini menjelaskan badan saya boleh menerima dan mencerna makanan seperti kanji secara normal. Ini bermaksud, usaha ke arah mendapatkan badan yang kurus akan menjadi lebih mudah sekiranya saya dapat mengawal pengambilan karbohidrat.

Saya mendapati perkara ini benar kerana pada tahun lalu saya telah mengikuti program pengurusan berat badan dan berjaya menurunkan berat dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Tidak dinafikan, ini juga disebabkan oleh pengambilan Trigen-S yang membantu menghalang karbohidrat untuk menjaga berat saya secara lebih berkesan. Kini memasuki bulan keenam saya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan pada usia 47, saya berupaya mengekalkan berat badan antara 53 dan 55 kg.

Daripada laporan ini juga saya mengetahui bahawa tubuh saya cenderung kepada kesan YoYo, bermaksud penurunan badan secara tidak sihat seperti diet melampau yang tidak bersesuaian dengan tubuh saya dan mengakibatkan berat badan semakin bertambah sekiranya saya kembali makan seperti biasa.

Yew Mun Choong

Dengan merujuk laporan TrueYou, saya juga mengetahui bahawa kadar metabolisme badan saya lebih tinggi berbanding yang lain. Ramai yang tertanya-tanya mengapa berat badan saya sukar untuk bertambah. Kini, jawapannya ditemukan dalam gen saya. Saya mungkin mewarisinya daripada datuk saya. Dia masih dapat mengekalkan bentuk tubuh ideal di usia 80 tahun.