TrueYou DNA – Highlights

Adakah Keupayaan Pembelajaran Anda Ditentukan oleh DNA Anda?

Apakah hubung kait di antara gen dan pencapaian akademik

“Beri perhatian dan fokus” atau “Tinggal beberapa muka surat saja lagi, nanti dah boleh rehat”

Sebilangan besar ibu bapa mungkin memujuk anak-anak mereka untuk duduk dan memberi tumpuan terhadap kerja sekolah setiap hari. Bagaimanapun, kanak-kanak umumnya diketahui hanya boleh memberi tumpuan dalam jangka masa yang pendek.

Jangka masa penumpuan adalah tempoh masa kita boleh memberikan konsentrasi terhadap tugasan tanpa sebarang gangguan. Ia adalah hasil daripada beberapa siri reaksi di otak terhadap rangsangan deria. Penting untuk diperhatikan bahawa terdapat tindak balas lain di sebalik penumpuan perhatian – yang dengan sengaja mengabaikan rangsangan lain Ini merupakan sesuatu yang penting kerana kita menerima ribuan rangsangan pada waktu tertentu melalui pancaindera kita.

Memori pula merupakan sistem pemprosesan penting yang merujuk kepada bagaimana kita menggunakan maklumat yang disimpan oleh otak kita, yang membolehkan kita menyimpan maklumat dari semasa ke semasa, serta membolehkan kita belajar dan mendapatkan pengetahuan. Ingatan terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

“Beri perhatian dan fokus” atau “Tinggal beberapa muka surat saja lagi, nanti dah boleh rehat”

Sebilangan besar ibu bapa mungkin memujuk anak-anak mereka untuk duduk dan memberi tumpuan terhadap kerja sekolah setiap hari. Bagaimanapun, kanak-kanak umumnya diketahui hanya boleh memberi tumpuan dalam jangka masa yang pendek.

Jangka masa penumpuan adalah tempoh masa kita boleh memberikan konsentrasi terhadap tugasan tanpa sebarang gangguan. Ia adalah hasil daripada beberapa siri reaksi di otak terhadap rangsangan deria. Penting untuk diperhatikan bahawa terdapat tindak balas lain di sebalik penumpuan perhatian – yang dengan sengaja mengabaikan rangsangan lain Ini merupakan sesuatu yang penting kerana kita menerima ribuan rangsangan pada waktu tertentu melalui pancaindera kita.

Memori pula merupakan sistem pemprosesan penting yang merujuk kepada bagaimana kita menggunakan maklumat yang disimpan oleh otak kita, yang membolehkan kita menyimpan maklumat dari semasa ke semasa, serta membolehkan kita belajar dan mendapatkan pengetahuan. Ingatan terbahagi kepada ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

Hubungan antara perhatian dan ingatan untuk akademik adalah kuat dan positif ketika di awal usia kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dalam menetapkan jangkaan kita terhadap keupayaan perhatian supaya sepadan dengan usia mereka. Pakar perkembangan kanak-kanak secara umum bersetuju bahawa jangka masa seorang kanak-kanak berupaya menumpukan perhatian terhadap tugas tertentu adalah selama 2 hingga 3 minit bagi setiap tahun usia mereka. Sudah tentu, ini hanya pendapat umum dan tidak semestinya merangkumi semua kanak-kanak.

Tempoh masa seorang kanak-kanak berupaya memberi tumpuan dan mengingati maklumat ditentukan oleh faktor-faktor seperti gangguan persekitaran, tempoh pendedahan kepada televisyen dan gajet, rasa lapar atau letih, minatnya terhadap aktiviti tersebut, dan sama ada diet hariannya seimbang serta membekalkan semua nutrien yang mereka perlukan.

Sekiranya jangkauan perhatian anak anda lebih pendek daripada biasa, anda wajar memberi lebih perhatian untuk mengetahui sekiranya terdapat faktor lain yang menyebabkannya. Sebuah penyelidikan mengenai pencapaian akademik yang diterbitkan dalam Laporan Saintifik mendapati bahawa perbezaan keputusan peperiksaan individu banyak dipengaruhi oleh pembolehubah yang diwarisi dalam urutan DNA kanak-kanak.

Pengkhususan Gen dan Cadangan

Ujian DNA akan merangkumi gen yang mempengaruhi perhatian seperti DTNBP1, COMT, DRD4, BDNF dan OXTR, serta gen khusus lain yang mempengaruhi tugas memori; seperti CHRNA4 dan DRD2.

Kunci kepada perhatian adalah kemampuan untuk menumpukan perhatian kepada maklumat yang diberikan di samping mengabaikan maklumat lain yang tidak penting. Kerumitan maklumat, masa yang diperlukan untuk memproses maklumat dan gangguan luaran akan menentukan bagaimana kita mengekalkan perhatian dan menyimpan maklumat dalam ingatan kita.

Perhatian dan tugas memori juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran asuhan, tahap pendidikan, perbezaan budaya, kecederaan otak, ubat-ubatan / alkohol, tidur, dan faktor yang paling penting – pengambilan nutrien yang selengkapnya melalui pilihan makanan kita.

Kolin

Kolin adalah nutrien larut dalam air yang sangat penting untuk fungsi otak kita setiap hari. Ia selalunya dikelompokkan bersama dengan vitamin B-kompleks untuk membentuk asetilkolin, neurotransmitter yang berfungsi dalam mengawal mood dan memori. Sumber kolin yang baik termasuk telur, ayam, ikan kod, brokoli dan taugeh Brussels.

L-Glutamine

L-Glutamine adalah asid amino yang penting, yang mempunyai kaitan dengan tahap ingatan dan tahap fokus. Ia penting dalam neurotransmisi, meningkatkan ingatan dan fokus, meningkatkan tumpuan dan meningkatkan fungsi otak. Walaupun nutrien ini terdapat dalam pelbagai jenis daging, susu dan sayur-sayuran, L-Glutamine sangat sensitif terhadap haba dan mudah hilang dalam proses memasak.

Vitamin D

Vitamin D, yang terkenal dengan nama ‘hormon sinar matahari’ – adalah pengatur utama untuk kira-kira 900 jenis gen, yang merupakan 1/24 daripada keseluruhan genom kita. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan saraf yang sihat dan berfungsi di seluruh badan, terutama otak dan pelbagai enzim yang berkaitan dengan neurotransmitter kita. Walaupun makanan seperti ikan berminyak, telur dan cendawan merupakan sumber semula jadi Vitamin D, kita juga dinasihati mengambil makanan tambahan untuk memastikan tubuh kita mendapat tahap vitamin-D yang secukupnya.

Spirulina adalah sumber makanan semula jadi yang lengkap dan mengandungi L-Glutamine dan Vitamin D dalam kadar yang diperlukan. Ia mengandungi lebih daripada 60 jenis nutrien daripada 5 kumpulan nutrien utama (protein, karbohidrat, vitamin, mineral, dan lemak). Kedua-dua Elken Spirulina dan Elken Spirulina Powder merupakan sumber makanan terbaik untuk melengkapkan diet harian kita dengan memastikan bahawa kita memenuhi keperluan pemakanan harian untuk meningkatkan tahap jangkauan perhatian kita.

EPA DHA mengandungi sumber minyak ikan semula jadi, yang diekstrak daripada ikan laut dalam Laut Artik dan Laut Norway. Ia merupakan sumber makanan asid lemak yang penting untuk Omega 3 (PUFA), iaitu Asid Eicosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA). Pakar pemakanan mencadangkan bahawa kita meningkatkan jumlah pengambilan asid lemak omega-3 untuk meningkatkan prestasi akademik kanak-kanak yang bersekolah kerana makanan tambahan ini berperanan penting dalam perkembangan dan fungsi otak, terutamanya untuk ingatan dan pembelajaran.

Kington Minerale adalah larutan berharga yang diperoleh daripada pusaran laut, dan mengandungi 78 jenis elemen surih bioketersediaan yang mudah diserap ke dalam badan. Larutan air laut yang berharga ini mengandungi kepekatan mineral surih yang tinggi untuk mengisi semula kekurangan mineral di dalam otak.

Kesihatan bermula dengan mengenali gen anda.

Berkongsi Pengalaman

Winne Chu

Berdasarkan laporan TrueYou, saya mendapati diri saya juga menghadapi masalah jangka tumpuan yang lemah. Saya tidak dapat fokus dengan baik dalam satu-satu tempoh masa, seperti ketika bermeditasi. Sebelum ini, saya sering menyertai kumpulan-kumpulan meditasi namun mendapati sukar untuk mengikuti sesi-sesi yang dianjurkan. Kelebihan yang ada pada TrueYou amat membantu lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang ingin mengetahui tahap tumpuan anak-anak, sekaligus mengambil langkah pemulihan menerusi rancangan pengambilan nutrisi dan aktiviti yang berkesan untuk meningkatkan tahap tumpuan mereka.

Saya juga cenderung untuk tidur lebih lama berbanding kebiasaan dan saya akan lelap selama satu jam untuk mendapatkan kesegaran lebih-lebih lagi selepas bermesyuarat pada lewat malam. Menurut profil genetik, saya perlukan tidur lebih lama dan saya bukan seorang yang gemar berjaga malam. Oleh itu, saya akan cuba untuk tidur tepat 12 malam atau lebih awal. Sebelum ini, jika saya tidur pada 1 atau 2 pagi, saya akan bangun keesokan harinya dalam keadaan tidak bermaya.

Marilyn

Salah satu topik menarik bagi saya adalah ‘keberanian vs ketakutan’. Saya amat menggemari parameter ini di mana keputusan saya terima adalah di antara keberanian dan ketakutan.  Aplikasi ini juga didatangkan dengan saranan kaedah untuk membantu pengguna yang sentiasa risau atau dalam mode melawan. TrueYou mampu membantu ramai orang mencapai kesihatan yang baik. Saya menyarankan TrueYou kepada semua rakan dan ahli keluarga kerana produk ini membantu kita mengawal kesihatan dengan lebih baik menerusi gen kita.